klik gambar |
AKTA PELAJARAN.
ORDINAN PELAJARAN,
1957
PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN
( DISIPLIN SEKOLAH
) 1959.
2
tahun 1957
Tajuk ringkas dan pemakaian.
Tafsiran.
P.U.(A)130
80
Perlantikan
Guru Besar.
Tanggungjawab
Guru Besar atas disiplin.
Kuasa-kuasa
Guru
Besar.
Perwakilan
kuasa oleh Guru Besar.
Murid-murid
tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pilihanraya atau
politik.
Kuasa
guru besar menggantung persekolahan atau membuang murid dari sekolah
Kuasa
pendaftar mengarahkan pembuangan murid dari sekolah.
Rayuan.
Catatan
dibuang sekolah dalam sijil berhenti sekolah.
Syarat
masuk balik sekolah.
Kuasa
menutup sekolah, dll, dalam hal keadaan tertentu
Penalti
Kuasa
memberi pengecualian
Pembatalkan
L.N.
452 56.
|
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen
116 Ordinan Pelajaran, 1957, Menteri
dengan ini membuat peraturan-peraturan yang berikut :
1.
Peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ), 1959, dan hendaklah dipakai
bagi semua sekolah daripada :-
(a)
sekolah yang dikecualikan daripada
pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan dan
(b)
sekolah gaya pos
2.
Dalam
peraturan-peraturan ini,
melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain -
“ Pihak
berkuasa pelantik ” ertinya orang atau badan yang bertanggungjawab pada masa
itu bagi melantik mana-mana orang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah.
“ Pendaftar
Besar ” ertinya Pendaftar Besar Sekolah-sekolah yang dilantik di bawah
seksyen 57(1) Ordinan ;
“ Pendaftar ”
ertinya Pendaftar Sekolah-sekolah yang dilantik di bawah seksyen 57(2)
Ordinan.
3.
(1)
Apabila melantik seseorang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah, pihak berkuasa pelantik hendaklah dengan
seberapa segera yang boleh, memberitahu Pendaftar tentang perlantikan itu.
(2)
Pendaftar hendaklah mencatatkan nama
Guru yang dilantik menjadi Guru Besar di mana-mana sekolah dalam daftar
sebagai nama guru besar sekolah itu.
(3)
Apabila Guru Besar sesebuah sekolah
bersara atau berhenti bertindak sebagai Guru Besar, badan berkuasa pelantik
hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melaporkan hal itu secara
bertulis kepada Pendaftar, yang hendaklah dengan membuat apa-apa catatan
dalam daftar itu sebagaimana perlu.
(4)
Dalam peraturan ini “daftar” ertinya
daftar yang disimpan di bawah seksyen 59 Ordinan.
4.
Guru Besar sesebuah sekolah adalah
bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah
mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid sekolah itu.
5.
(1)
Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa
menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau
bermanfaat :
Dengan syarat bahawa –
(a)
hukuman dera kepada murid-murid
perempuan adalah dilarang : dan
(b)
hukuman dera kepada murid-murid
lelaki oleh seseorang Guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan
kepada merotan dengan rotan yang ringan ditapak tangan ataupun dipunggung
yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar
ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
(2)
Satu rekod mengandungi semua hukuman yang
dijalankan dibawah perenggan hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk
yang diluluskan oleh Pendaftar.
6.
Guru Besar sesebuah sekolah boleh
dari semasa ke semasa, tertakluk kepada
apa-apa syarat dan hal yand difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa
menjalankan hukum kepada Guru-Guru lain di sekolah itu atau kepada
murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu , tetapi kecuali yang disebut di atas tidak
seorang pun Guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan
arahan tertentu .
Dengan syarat
bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana
orang selain daripada guru berdaftar.
7.
(1)
Tiada seorang pun murid yang berumur kurang daripada dua puluh satu
tahun yang belajar di mana-mana sekolah boleh
(a)
merayu undi bagi pihak mana-mana
parti atau pertubuhan politik, atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya
;
(b)
dengan tujuan menyokong atau
menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik, atau pencalonan mana-mana individu dengan
menentang seorang atau beberapa orang lain dalan sesuatu pilihanraya, berucap
atau mengganggu mana-mana perjumpaan awam yang sah ;
(c)
menyebar atau menyebab disebarkan
apa-apa penulisan politik, dokumen atau lain-lain propaganda bagi pihak atau
untuk menyokong sesuatu parti atau pertubuhan politik atau yang ada hubungan
dengan mana-mana calon yang sedang bertanding dalam sesuatu pilihanraya.
(d)
Mengganggu perjalanan sesuatu
perjumpaan awam yang sah dengan cara yang mungkin menghalang perjalanan
urusan perjumpaan yang diadakan itu ;
(e)
Mengambil bahagian dalam mana-mana
perarakan atau perhimpunan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan untuk
menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik atau apa-apa
pendapat politik atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya.
(2)
Dalam peraturan ini “ pilihanraya ”
ertinya pemilihan seseorang ahli untuk Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri
atau mana-mana pihak berkuasa tempatan.
8.
Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan
memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah –
(a)
sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud
menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid
patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah; atau
(b)
yang seseorang murid telah melanggar
peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantung murid
itu dari hadir sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut atau
membuang murid itu dari sekolah.
9.
(1)
Pada bila-bila masa sahaja –
(a)
Didapati dengan memuaskan hati
Pendaftar sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau
ketenteraman dimana-mana sekolah :
Atau
(b)
Pendaftar diarahkan sedemikian oleh
Pendaftar Besar : atau
(c)
Pendaftar berpuas hati bahawa telah
berlaku pelanggaran terhadap peraturan 7.
10.
(1)
Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya
atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada Pendaftar
yang boleh membuat suatu perintah mengenainya sebagaimana difikirkannya patut
:
(2)
Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid
yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah
peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh
murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam
peraturan 9(2) disampaikan kepadanya, mengikut mana yang lebih lama, merayu
kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.
11.
Sijil berhenti sekolah tiap-tiap
murid yang dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh Guru Besar
dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah
peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
12.
Seseorang murid yang telah dibuang
sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas
itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh
pihak berkuasa yang membuatnya ).
(a)
masuk atau dibenarkan masuk ke
dalam kawasan sekolah itu;
atau
(b)
diterima
masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa
kebenaran Pendaftar Besar.
13.
(1)
Jika, pada pendapat Pendaftar, perlu atau dikehendaki oleh kerana
apa-apa hal tak tenteram atau ketiadaan disiplin di pihak murid atau pelajar
sesebuah sekolah yang sekolah itu patut ditutup sementara waktu, maka
Pendaftar boleh, dengan perintah secara bertulis, menutup sekolah itu selama
suatu tempoh, tidak melebihi satu bulan dari tarikh perintah tersebut itu,
sebagaimana difikirkannya perlu.
(2)
Tiada seorang pun boleh tanpa sebab
yang munasabah masuk atau cuba masuk atau tinggal di premis itu yang
digunakan sebagai atau berkaitan dengan sesebuah sekolah yang mana suatu
perintah yang dibuat di bawah perenggan (1) adalah berkuatkuasa.
(3)
Mana-mana pegawai polis boleh, tanpa
waran masuk dan menggeledah mana-mana sekolah atau mana-mana bangunan /
premis yang digunakan sebagai atau berkaitan dengan sekolah itu yang suatu
perintah telah dibuat di bawah perenggan (1) peraturan ini dan boleh
menghalau keluar sesiapa juga yang terjumpa didalamnya; dan untuk memasuki
mana-mana bahagian premis itu, pegawai polis boleh menggunakan kekerasan yang
perlu untuk memecah buka pintu atau tingkap yang di luar atau di dalam jika,
setelah menunjukkan kuasa dan tujuannya dan izin masuk telah dibuat dengan
sempurnanya, ia tidak dapat dengan cara itu masuk premis itu.
(4)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah
perenggan (1) boleh pada bila-bila masa semasa masih berkuatkuasa dibatalkan
oleh Menteri, tetapi tanpa menyentuh sahnya perintah yang lalu atau apa-apa
jua yang dilakukan di bawahnya atau kuasa Pendaftar untuk membuat perintah
baru di bawah peraturan ini.
14.
Mana-mana murid yang tidak mematuhi
mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8 atau 9, atau yang
melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 12 dan sesiapa jua yang tidak
mematuhi peruntukan-peruntukan peraturan 11 atau peraturan 13(2) boleh
dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak
lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda atau penjara itu; dan sesiapa
jua yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan mana-mana peraturan lain boleh
dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi kesalahan kali
pertama dan dua ratus ringgit bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya.
15.
Menteri boleh dengan perintah
mengecualikan mana-mana sekolah atau golongan sekolah semua atau mana-mana
peruntukan Peraturan-peraturan ini, sama ada dengan mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat
yang difikirkannya patut dikenakan , dan boleh pada bila-bila masa menurut
budi bicaranya membatalkan mana-mana pengecualian itu atau memansuhkan atau
meminda atau menambah kepada syarat-syarat itu.
16.
Peraturan-peraturan ( Disiplin )
Sekolah 1956 adalah dengan ini dibatalkan.
Diperbuat
pada 20hb. Februari, 1959.
(
M.E. 040 : AG.FM.Y/26/64/8: AG/FM/Y/
98/6-Vol.II/4
)
MOHAMED KHIR JOHARI
Menteri Pelajaran
|
|
AKTA-AKTA LAIN YANG BERKAITAN.
- Akta Kanun Keseksaan.
- Akta Multimedia.
- Akta Kanak-Kanak 2001.
- Akta Dadah Merbahaya.
PRINSIP UNDANG-UNDANG.
IN LOCO PARENTIS - Bermakna IBU/BAPA menyerahkan sebahagian daripada Autoriti mereka kpd. Guru, Pengetua dan pihak sekolah dalam proses menghantar anak mereka ke sekolah
INTRA VIRES - Melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan perundangan
yang ditetapkan
.
ULTRA VIRES - Tindakan pihak berkuasa di luar batas kuasa
yang diberikan.
MALA FIDE -
Niat buruk/jahat.
LIABILITI VIKARIUS -
Keadaan di mana pihak majikan
(KPM) dianggap turut bertanggungjawab terhadap kesalahan pekerjanya dalam suatu tuntutan kes kecuaian .
UNDANG-UNDANG TORT –Undang-undang yang berkaitan dengan peruntukan ganti rugi kepada plaintif terhadap kecederaan peribadi dan kerosakan harta yang disebabkan oleh kecuaian defendan
TORT – Sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh defenden dan membolehkan plaintif mendapat ganti rugi di dalam mahkamah sivil .
UNDANG-UNDANG TORT –Undang-undang yang berkaitan dengan peruntukan ganti rugi kepada plaintif terhadap kecederaan peribadi dan kerosakan harta yang disebabkan oleh kecuaian defendan
TORT – Sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh defenden dan membolehkan plaintif mendapat ganti rugi di dalam mahkamah sivil .
SURAT-SURAT PEKELILING IKHTISAS.
- Pakaian Seragam Sekolah.
- Mengatasi Masalah Keciciran
- Merokok
- Pengharaman Judi
- Pakaian Seragam Untuk Murid-murid Sekolah Menengah.
- Potongan Rambut Murid
- Menganjur Dan Menjual Loteri Di Sekolah-sekolah.
- Pakaian Murid-murid Perempuan Di Sekolah Menengah.
- .Pakaian Seragam Sekolah-sekolah
- Acara Suaikenal Di Sekolah / Ragging.
- Mengenakan Hukuman Biasa ( Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan )
- Larangan Bermain Bahan Letupan.
- Garis Panduan Kempen Anti Merokok.
- Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah ( Pindaan ).
- Pemakaian Tudung / Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan.
- Pakaian Seragam Sekolah.
- Laporan Kepada Polis Salahlaku Yang Berbentuk Jenayah.
- Menangani Masalah Ponteng.
- Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah.
- Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok.
- Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok.
- Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid-Murid Sekolah.
- Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster.
- Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif.
- Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah.
- Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cyber Cafe Dan Pusat Permainan Video Kepada Murid-Murid Sekolah.
- Kuasa Guru Merotan Murid.
- Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih.
- Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid Sekolah Bertarikh 23 Dis 2005.
- Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah.
- Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Di Sekolah.8 ( 10 )
- Pelaksanaan Standard Operating Prosedure ( S.O.P ) 1:3:7 Pelaporan Dan Menangani Isu Disiplin Murid. 7 ( 11 )
- Peraturan Berkenaan Rambut Dan Pemakaian Steel Bangel ( KARA ) oleh murid keturunan Sikh.3 ( 11 )
SALAHLAKU DAN HUKUMAN
Pengertian Salah Laku Berat
1.1 Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti mana Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Kesalahan yang mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau murid lain atau pihak lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.
1.2 Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh –sungguh pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu ketenteraman maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan sehingga boleh dibuang sekolah.
1.3 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan salah lakunya.
KESALAHAN BERAT ( KATEGORI A)
Kod
|
Jenis Kesalahan
|
Tindakan/Hukuman
|
Pekeliling/Akta
|
A01
|
Tindakan:
|
Peraturan-peraturan Pelajaran (disiplin Sekolah) 1959.
Akta Dadah Berbahaya
Akta Senjata Api.
Akta Rumah Judi.
Kanun Keseksaan.
Pekeliling ikhtisas:
Bil.1/1972
Bil.6A/1975
Bil.9/1975
Bil.8/1983
Bil.6/1995
Bil.7/1995
Bil.4/1996
Bil.4/1997
Bil.8/1998
Bil 10/1998
Bil.18/1998
Bil.6/2000
Bil.11/2000
| |
A02
| |||
A03
| |||
A04
| |||
A05
| |||
A06
| |||
A07
| |||
A08
| |||
A09
| |||
A10
| |||
A11
| |||
A12
| |||
A13
| |||
A14
| |||
A17
| |||
A18
| |||
A19
| |||
A20
| |||
A21
| |||
A22
| |||
A23
| |||
A24
| |||
A25
| |||
A26
| |||
A27
| |||
A28
| |||
A29
| |||
A30
| |||
A31
| |||
A32
| |||
A33
|
*Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian, hendaklah berbincang dengan ibu bapa /penjaga kerana pelajar tidak mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi.
*Bagi kesalahan A31 yang melibatkan parti-parti politik, perlu dibaca bersama –sama dengan Peraturan 7 , Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959 yang membenarkan Pengetua/Guru Besar menggantung/membuang pelajar dari sekolah di bawah Peraturan 8(b)
PERINGATAN
Pengetua, Guru Besar dan guru yang diberi kuasa diingatkan bahawa setiap kesalahan berat yang serius yang melibatkan undang-undang negara adalah DIMESTIKAN melaporkan kejadian tersebut kepada pihak POLIS DIRAJA MALAYSIA dengan segera. Di antara jenis-jenis kesalahan yang serius adalah seperti berikut :
1. Membunuh/menyebabkan kematian / cuai menyebabkan kematian
2. Pengedaran dadah berbahaya
3. Mengugut /Pemerasan
4. Rogol / Mencabul kehormatan
5. Gaduh berkumpulan/ dengan senjata api /Merusuh
6. Memiliki /Menggunakan senjata api / bahan letupan
7. Mendatangkan cedera parah
8. Menculik
9. Membawa / mengedarkan bahan-bahan lucah
10. Samun / merompak / mencuri
11. Mana-mana kesalahan yang dianggap serius.
1.3 Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah
Hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan.
1.4 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan
Salah lakunya.
KESALAHAN SEDERHANA KATEGORI ( B )
Kod | Jenis Kesalahan | Tindakan/Hukuman |
Pekeliling/
Akta
|
B01
|
Tindakan :
1. Surat
kepada
ibubapa/
penjaga
2. Kaunseling
3. Mendokumentasikan
Hukuman:
1. Amaran keras
2. Dirotan 1 – 3 kali
*3. Membayar ganti rugi
4. Digantung
persekolahan tidak
melebihi 14 hari
5. Dibuang sekolah
6. Mahkamah
Kuasa Pelaksana :
1. Pengetua
2. Guru Besar
3. Guru yang diberi
kuasa
|
Peraturan-peraturan
Pelajaran
( Disiplin Sekolah )
1959
Akta Dadah Berbahaya
Akta Senjata Api
Akta Rumah Judi
Kanun
Keseksaan
Pekeliling
Ikhtisas :
Bil 1/1972
Bil. 6A/1975
Bil. 9/1975
Bil.8/1983
Bil.6/1995
Bil.7/1995
Bil.4/1996
Bil.4/1997
Bil.8/1998
Bil.10/1998
Bil.18/1998
Bil.6/2000
Bil.11/2000
| |
B02
| |||
B03
| |||
B04
| |||
B05
| |||
B06
| |||
B07
| |||
B08
| |||
B09
| |||
B10
| |||
B11
| |||
B12
| |||
B13
|
* Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkana kerugian , hendaklah
berbincang dengan ibu bapa/penjaga kerana pelajar tidak mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar ganti rugi.
Pengertian Salah Laku Ringan
1.1.1 Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan seperti mana yang dibekalkan dalam Pekeling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan, misalnya, membuat bising dalam darjah, kerkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.
1.1.2 Salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan perbuatan salah laku dilihat sebagai kurang dikenakan hukuman lebih berat lagi.
1.1.3 Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan maka lebih tingkat pulalah hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran Ketiga
1.1.4 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal dengan
salahlakunya.
KESALAHAN RINGAN KATEGORI ( C )
Kod
|
Jenis Kesalahan
|
Tindakan / Hukuman
|
Pekeliling/Akta
|
C01 |
Menyimpan misai , janggut atau jambang
|
Tindakan:
1.Surat kepada ibu bapa/penjaga
2.Kauseling
3.Mendokumetasikan
Hukuman:
1.Amaran Satu
2.Amaran dua
3.Amaran akhir
4.Aktiviti gotong-royong
Kuasa Pelaksana:
1.Penegetua
2.Guru Besar
3.Guru yang diberi kuasa
|
Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah 1959
Pekeling Ikhtisas
Bil.1/1972
Bil.6A/1975
Bil.9/1975
Bil.8/1983
Bil.7/1995
Bil.6/1995
Bil.4/1997
Bil.4/1996
Bil.18/1998
Bil.6/2000
Bil.11/2000
|
C02
|
Berkuku panjang dan berambut panjang
| ||
C03
|
Bermain dalam bilik darjah , koridor atau kawasan yang dilarang
| ||
C04
|
Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah atau sekolah tampa kebenaran
.
| ||
C05
|
Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
| ||
C06
|
Berada di kantin tanpa kebenaran pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
| ||
C07
|
Mmenyimpan atau menggunkan alat permainan
Kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
| ||
C08
|
Menggunakan harta benda sekolah tanpa kebenaran
| ||
C09
|
Memasuki dan tidak mematuhi arahan makmal bengkel/ bilik khas/ makmal komputer dan kenyataan bertulis
| ||
C10
|
Memakai barangan kemas atau perhiasan atau
alat solek
| ||
C11
|
Memasuki bilik khas tanpa kebenaran
| ||
C12
|
Makan atau minum di bilik darjah
| ||
C13
|
Melakukan pembaziran air dan eletrik
| ||
C14
|
Tidak memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap
| ||
C15
|
Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran
| ||
C16
|
Lewat ke sekolah tanpa mengamabil slip lewat
| ||
C17
|
Lewat bergerak ke tempat-tempat yang diarahkan
| ||
C18
|
Bising dalam bilik darjah dan semua acara rasmi sekolah sehingga mengganggu
| ||
C19
|
Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah
| ||
C20
|
Berjalan-jalan (berkeliaran) tanpa kebenaran dalam kawasan sekolah sewaktu pengajaran dan pembelajaran
| ||
C21
|
Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan
| ||
C22
|
Memasuki kawasan larangan
| ||
C23
|
Mengganggu guru
| ||
C24
|
Lewat masuk ke kelas
| ||
C25
|
Mengotorkan kelas
| ||
C26
|
Tidak duduk setempat
| ||
C27
|
Tidak mengikat rambut panjang dan klip rambut yang berjuntai (pelajar perempuan)
|
PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG
Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi tanpa alas an atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doctor perubatan.
1.1 Ponteng Sekolah Secara Berterusan atau Berturut-turut.
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berterusan atau berturut-turut tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan selama 31 hari atau lebih.
1.2 Ponteng Sekolah Secara Berkala
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berkala atau berselang-selang hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doctor perubatan selama 60 hari atau lebih.
PENGERTIAN PONTENG KELAS
1.1 Di mana murid sekolah yang hadir ke sekolah telah tidak berada dalam kelas dalam satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu pelajaran.
1.3 Murid ini masih berada di dalam kawasan sekolah.
PENGERTIAN PONTENG ACARA RASMI
1.1 Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke acara rasmi sekolah yang dimestikan hadir sama ada di dalam sekolah atau di mana-mana di luar sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
PONTENG ( P )
KOD
|
JENIS KESALAHAN
|
TINDAKAN/HUKUMAN
|
PEKELILING/AKTA
|
P01
|
Ponteng berterusan
· 3 hari berturut-turut
· 7 hari selepas amaran pertama
· 7 hari selepas amaran kedua
· 14 hari selepas amaran ketiga
Jumlah keseluruhan: 31 hari
|
· Amaran pertama
kauseling
· Amaran kedua
Kaunseling
· Amaran ketiga
Kaunseling
· Buang sekolah
|
Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah 1959.
Pekeliling Ikhtisas:
Bil.6/1995
|
P02
|
Ponteng tidak berturutan/berkala
· 10 hari
· 10 hari selepas amaran pertama
· 20 hari selepas amaran kedua
· 20 hari selepas amaran ketiga
Jumlah keseluruhan: 60 hari
|
· Amaran pertama
kaunseling
· Amaran kedua
kaunseling
· Amaran ketiga
Kaunseling
· Buang sekolah
|
Nota
Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan seperti berikut :
· ( S ) jika pelajar tidak datang dengan bersebab
· ( P ) jika pelajar tidak datang tanpa sebab (Ponteng)
Rujukan : Buku Paduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia 1994.
Pengertian
Hukuman
Hukuman
boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku.
Terdapat
tiga unsur utama dalam pengertian hukuman :
1.1 Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan
salah laku yang sebenar atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang
bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.
1.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke
atas yang dihukum.
1.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan
ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang
menyakitkan, atau manafikan sesuatu yang disukainya.
1.4 Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru
BesarDan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman
Dera (corporal punishment) , Penahanan (detention) dan Amaran.
Pengertian
Pembuangan Sekolah
1.1 Hukuaman yang boleh
dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati bersalah bersabit dengan
mana-mana kategori salah laku berat selaras dengan Peraturan-peraturan
Pelajaran (Disiplinj Sekolah) 1959.
1.2 Seseorang murid yang
telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengganggu berulangkali dan
didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh Pengetua/Guru
Besar atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-murid
lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang sesuai diambil
ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.
Pengertian
Penggantungan Sekolah
1.1 Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang
murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan adalah bersifat
sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan sehinggan tidak lebih 14
hari persekolahan.
1.2 Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan
mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala menunggu hasil
siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk menghadapinya. Pengetua/Guru
Besar berkuasa mengarahkan penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak
lebih 14 hari.
1.3 Penggantungan yang di buat kerana menunggu hasil sesuatu
siasatan hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh
Pengetua/ Guru Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8, Peraturan
Pelajarn (Disiplin Sekolah) 1959.
1.4
Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang yang cukup
untuk membuat penjelasan (to show case) hendaklah diberi.
Pengertian
Hukuman Dera (corporal punishment)
1.1 Hukuman dera (rotan)
boleh dikenakan (kecuali ke atas murid perempuan) tertakluk kepada
syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah) 1959.
1.2 Dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu dilakukan
oleh murid. Hendaklah dibuat setelah sesuatu saalah laku telah dapat disahkan.
1.3 Dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar sendiri atau oleh guru
yang berdaftar yang telah diberikan kuasa secara nyata atau khas iaitu mengikut
keadaan (Perkara 6 Ordinan Pelajaran,
1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959.
1.4 Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan
ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian
punggung yang berlapik. Hukuman dera ke atas pelajar permpuan dilarang secara
nyata dalam Perkara 5 Ordinan Pelajarn, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959.
Pengertian Hukuman
Penahanan (detention)
1.1 Hukuman penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat
(delinquent) supaya tingkah lakunya pada masa akan dataang diharap dapat
dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan
masa lapangnya.
1.2.1
Arahan penahanan itu hendaklah
menentukan masa dan jumlah jam seseorang itu ditahan.
1.3 Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada
murid berkenaan dan juga murid yang lain.
1.4 Aktiviti penahanan hendaklah merupakan
sesuatu yang berfaedah dan membina.
Pengertian Hukuman
Amaran
1.1 Hukuman amaran adalah
sesuai apabila Pengetua / Guru Besar atau guru yang diberi kuasa setelah
mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah
melakukan salah laku itu.
1.2 Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kerana berpendapat
bahawa kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.
1.2.2
Tindakan hukuman merangkumi Amaran
1, 2 dan 3 bagi kategori salah laku ringan,
Amaran dan Amaran Keras bagi kategori salah laku berat.
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
Unutk Guru Besar dan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:16
SALAH LAKU DAN HUKUMAN PERUNDANGAN ISLAM
BUKU PERATURAN SEKOLAH.
SISTEM SALAHLAKU DISIPLIN MURID ( SSDM )
http://apps.moe.gov.my/ssdm/
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
MATLAMAT
Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah
adalah untuk membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap
aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan
undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
OBJEKTIF
- Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
- Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
- Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
- Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang berfaedah.
- Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsadan negara dalam hal menangani jenayah.
MOTTO
‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA
MEMERANGI’
IKRAR
Kami,
Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,
Malaysia
Berikrar,
Bahawa Kami Akan Berusaha,
Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi,
Peraturan dan Perlembagaan Kelab,
Peraturan Sekolah dan
Undang-undang negara
Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab
dan Sekolah,
Berlandaskan,
Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama,
Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan
Kelab dan,
Taat dan Patuh Kepada Peraturan
Sekolah,
Kami Berjanji,
Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli
Yang Berketerampilan,
Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab,
amanah,
Dan adil Dalam Melaksanakan
Tanggungjawab.
Kami Berjanji,
Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk,
Mencegah, Menghindari dan Memerangi
Jenayah,
Demi Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia .
LAGU
‘MARI CEGAH JENAYAH’
Kelab
Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung Rukun Negara
Mendukung Peraturan Sekolah
Walau Di Mana Kami Berada
Kami tetap Tunaikan
Amanah, Tanggungjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika
C/O MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
Hidup Bebas Aman Merdeka
Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjujung RUKUN NEGARA
Mendukung Peraturan Sekolah
Walau Di mana Kami Berada
Kami Tetap Tunaikan
Amanah, Tanggunjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika
C/O MARI CEGAH
JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari
Perangi jenayah
Tanggungjawab
Kita Semua
MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS………….
AMAN MERDEKA ………….!
LAGU :HUSSEIN HAJI USIH
LIRIK : HUSSEIN HAJI USIH
& ARIFA HAJI KURAGA
SUSUNAN
MUZIK HUSSEIN HAJI
USIH & YAMAHA MUSIC SCHOOL
SISTEM FAIL.
- Fail Jawatankuasa Induk. ( Guru )
- Fail Jawatankuasa Kelab. ( Murid )
PROGRAM
DAN AKTIVITI
Semua aktiviti di bawah mengambil kira 5 domain pembangunan murid
Kementerian Pelajaran Malaysia :
1- Pembudayaan Adab Murid
2- Peningkatan Disiplin Murid
3- Perpaduan Murid
4- Patriotisme
5- Jati Diri
Bil
|
Aktiviti Tahunan
|
1.
|
Ceramah dan
Dialog
i.
Ceramah Pencegahan Kelab Pencegahan Jenayah kepada warga sekolah
ii.
Ceramah Kes Penyalahgunaan Dadah dan Hukumannya oleh Polis Diraja
Malaysia
iii. Ceramah
Pencegahan Jenayah oleh Pegawai Perhubungan Polis
iv. Ceramah
Peranan Polis Dalam Mencegah Jenayah
v.
Ceramah keibubapaan
vi. Ceramah
khas kepada murid yang berisiko tinggi
vii. Muzakarah
‘Gejala Sosial Dalam Kalangan Pelajar’
viii. Dialog
bersama-sama pihak Polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan
ix. Ceramah
kes juvana dan undang-undang
x.
Ceramah oleh Kaunselor Jabatan Penjara
xi. Dialog
bersama-sama tokoh dan pemimpin masyarakat tempatan
xii. Pertandingan
Keselamatan Jalan raya
Ceramah Yayasan Pencegahan Jenayah
|
2.
|
Kursus,Bengkel
dan Seminar
i.
Kursus untuk Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah
ii.
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolah
iii.
Bengkel berkaitan dengan vandalisme
iv.
Seminar sehari ‘Membentuk Ketrampilan Diri’
v.
Seminar Pembentukan Sahsiah Pelajar
|
3.
|
Lawatan Sambil
Belajar
i. Lawatan ke Penjara
ii. Lawatan ke Balai Polis
iii. Lawatan ke Sekolah Henry Gurney
iv. Berziarah ke hospital
|
4.
|
Pameran dan
Kempen
i. Kempen menambahkan keahlian kelab
ii. Pameran antijenayah oleh Polis dan NGO
iii. Mengadakan kempen kesedaran gejala
antisosial di sekolah
iv. Kempen memakai Lencana Pencegahan Jenayah
v. Kempen AntiMerokok
vi.
Kempen dan Pameran Keselamatan Diri(Poster dan Keratan Akhbar)
vii.
Mempamerkan artikel-artikel mengenai kes jenayah yang sering dilakukan oleh remaja
viii. Kempen menunggang motosikal berhemat
ix. Kempen Minggu AntiDadah
x Minggu Sahsiah Cemerlang
xi. Kempen Pencegahan Jenayah
xii. Mengadakan ‘Sudut Polis’
xiii. Sukan dan Rekreasi
|
5.
|
Perkhemahan
i. Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
ii. Perkhemahan Jati Diri
|
6.
|
F. Pertandingan
i. Petandingan Sketsa Jenayah pelajar
sekolah.
ii. Pertandingan mencipta logo dan slogan
antijenayah.
iii. Pertandingan Kuiz.
iv. Pertandingan melukis mural dan poster
anti jenayah.
v. Pertandingan menulis esei cegah jenayah.
|
7
|
Penerbitan
i.
Menerbitkan buletin Kelab Pencegahan Jenayah.
ii. Mengedarkan
berita-berita jenayah yang melibatkan remaja.
|
8
|
Program Khas.
i. Program
“Masih Ada Yang Sayang” – Wajib
dilaksanakan
ii.
Mengadakan ‘Sudut Pencegahan Jenayah Sekolah’ – Wajib
dilaksanakan
iii. Program Bersama PDRM - `Rakan Cop’
iv. Program
Anti-Buli
v. Program
`Jom Ke Sekolah’
vi. Jualan
kemeja T dan rantai kunci AntiJenayah.
vii. `Road Show’ Pencegahan Jenayah Bersama Media
viii. Program Khidmat Masyarakat
ix. Karnival KPJ
|
9
|
Aktiviti-aktiviti
Lain
I. Program
Sukan bersama-sama Polis.
II. Tayangan video dokumentari berkaitan dengan gejala
antisosial.
III. Kajian kes masalah disiplin
IV.‘5 minit Cegah Jenayah’ semasa perhimpunan mingguan
|
PENGAWAS
SURAT PEKELILING IKHTISAS.
1- Pelaksanaan Sistem Pilihanraya Ketua Murid Di Sekolah-Sekolah. 5 ( 10 )
CADANGAN AKTIVITI
No comments:
Post a Comment