KESIHATAN DAN KECERIAAN.

AKTA PENDIDIKAN 1996.


Bab 12 - Peruntukan Kemudahan Dan Perkhidmatan.

65. ( 1 )

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh seksyen 64, Menteri hendaklah setakat yang munasabah dan praktik berbuat demilian, menyediakan pemeriksaan perubatan dan pergigian pada lat tempoh yang sesuai ke atas murids institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan.

65. ( 1 )

Seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Menteri boleh menghendaki ibubapa atau penjaga murid instusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan menyebabkan murid itu menjalani pemeriksaan perubatan atau pergigian, mengikut persediaan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekolah atau oleh seseorang pengamal perubatan atau pengsmsl pergigian berdaftar dan seseorang yang tanpa alas an yang munasabah tidak mematuhi kehendakitu adalah melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.





SURAT PEKELILING IKHTISAS.
  1. Makanan Dan Minuman Di Kantin-Kantin Sekolah Untuk Murid-Murid Berbilang Agama. 7 ( 76 )
  2. Panduan Untuk Menjaga Kesihatan Murid Dan Kebersihan Di Kantin Sekolah. 6 ( 76 )
  3.  Kantin  Sekolah Untuk Murid-Murid BerbilanPenambahan Kepada Syarat-Syarat Pelaksanaan SPI 7 ( 76 )Makanan Dan Minuman Di Kantin-g Agama. 6 ( 78 )
  4. Kebersihan Di Sekolah-Sekolah. 4 ( 81 )
  5. Makanan Dan Minuman Di Sekolah Untuk Murid-Murid Yang Berbilang Agama.1 ( 81 )
  6.  Kantin Sekolah. 2 ( 83 )
  7. Kebersihan Sekolah. 14 ( 89 )
  8. Rancangan Kesihatan Sekolah. 2 ( 89 )
  9. Keracunan Makanan Di Sekolah-Sekolah. 5 ( 95 )
  10. Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar. 1 ( 96 )
  11. Amalan Kebersihan Di Sekolah. 6 ( 97 )
  12. Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok. 5 ( 97 )
  13. Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah. 6 ( 98 )
  14. Pelaksanaan Program Pelalian Human Papilloma Virus ( HPV )Kebangsaan Untuk Murid Perempuan Tingkatan 1 Di Sekolah Kerajaan, Swasta Dan Sekolah Antarabangsa Seluruh Negara. 6 ( 10 )
  15. Kempen Anti Denggi Di Sekolah-Sekolah. 2 ( 82 )




PENGURUSAN KAD KESIHATAN MURID.

Peranan Jawatan Kuasa Sekolah :

  • Menyediakan Bilik Rawatan Yang Sesuai.
  • Mengenalpasti Murid Yang Mempunyai Penyakit Serius Dan Memerlukan Perhatian.
  • Memastikan ibubapa / penjaga menandatangi Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi.
  • Maklum akan tarikh-tarikh lawatan Jabatan Kesihatan Untuk Pemeriksaan.
  • Memantau Dan Menyelia Murid Yang Menjalani Pemeriksaan / Rawatan.
  • Membuat Semakan Dan Mengemaskini Rekod Kesihatan Murid.
  • Memaklumkan Kepada Ibubapa / Penjaga sekiranya Terdapat Murid Yang Disahkan Tidak Sihat Dan Memerlukan Rawatan Lanjut.



PENCEGAHAN DENGGI DI SEKOLAH-SEKOLAH.

Objektif.

  • Mejadikan Amalan Kebersihan Sebagai Budaya Cara Hidup Sihat.
  • Memupuk Sikap Keprihatinan Dan Komitmen Yang Tinggi Di Kalangan Warga Sekolah Tentang Pendidikan Pencegahan Demam Denggi.
  • Menjadikan Murid Sebagai Agen Perubahan Terhadap Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes.
  • Mewujudkan Persekitaran Sekolah Yang Bersih, Selamat, Kondusif Dan Bebas Pembiakan Nyamuk Aedes.

Peranan Jawatan Kuasa Pencegahan Denggi.

  1. Merancang Dan Melaksanakan Pelan Tindakan Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes Ke Arah Menjadikan Kawasan Sekolah Sebagai Kawasan Bebas Denggi.
  2. Memberi Garis Panduan Kepada Guru Bagi Menyelaras Aktiviti Pendidikan Pencegahan Denggi Dan Peranan Murid Sebagai Agen Perubahan Di Sekolah.
  3. Menyebar Maklumat Tentang Bahaya Nyamuk Aedes Dan Demam Denggi Dalam Pelbagai Kaedah Dan Media.
  4. Melibatkan Pihak Luar Seperti Agensi Kerajaan Dan Swasta Dalam Merancang Serta Melaksanakan Program Pencegahan Denggi.
  5. Memantau Dan Melaporkan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah Kepada JPN / PPD.
  6. Memantau, Melapor Dan Merujuk Kes-Kes Yang Disyaki Demam Denggi Kepada Pihak Berwajib.

Peranan Guru.

  1. Meningkatkan Pengetahuan Dan Kemahiran Murid Mengenai Cara Menjaga Kebersihan Diri Dari Aspek Rohani Dan Jasmani.
  2. Meningkatkan Kesedaran Murid Pentingnya Kesihatan Dalam Kehidupan Seharian.
  3. Meningkatkan Amalan Menjaga Kesihatan Diri Sepanjang Hayat.

Peranan Murid.

Di Sekolah.
  1. Mengetahui Dan Memahami Bahaya Nyamuk Aedes Dan Demam Denggi.
  2. Membantu Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah.
  3. Memaklumkan Kepada Guru Sekiranya Melihat / Mengetahui Ada Tempat-Tempat Pembiakan Aedes.
  4. Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Kawasan Sekolah.
  5. Memaklumkan Kepada Guru Jika Diri Dan Rakan-Rakan Demam.
Di Rumah.
  1. Memberikan Penerangan Kepada Keluarga Berkaitan Bahaya Nyamuk Aedes Dan Demam Denggi.
  2. Membersih Kaeasan Rumah Bersdama Keluarga Setiap Minggu.
  3. Membuat Pemeriksaan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Di Dalam Dan Di Luar Rumah.  Menghapuskan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Dengan Membersihkannya Atau Membubuh Ubat Jentik-Jentik.
  4. Elakkan Berada Di Luar Rumah Pada Masa Nyamuk Aedes Aktif Menggigit Iaitu Pada Awal Pagi ( 5.00 - 8.00 ) pg dan Lewat Petang ( 5.00 - 7.00 ).  Memakai Baju Berlengan Panjang Dan Seluar Panjang Jika Perlu Berada Di Luar Rumah.
Di Dalam Masyarakat.

  1. Memaklumkan Kepada Jiran Dan Masyarakat Setempat Tentang Bahaya Nyamuk Aedes Dan Demam Denggi.
  2. Melibatkan Diri Dalam Aktiviti-Aktiviti Kemasyarakatan Seperti Gotong Royong, Pameran Dan Sebagainya.
  3. Melakukan Aktiviti-Aktiviti Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes Seperti Menanam Semua Jenis Bekas Terbuang Yang Boleh Menakung Air Dan Membubuh Ubat Jentik-Jentik Ke Dalam Bekas-Bekas Air Simpanan Dan Sebagainya.
  4. Memaklumkan Kepada Masyarakat Untuk Mendapatkan Rawatan Di Klinik Atau Hospital Jika Ada Tanda-Tanda Demam.


Perancangan Aktiviti.

  1. Mengadakan Mesyuarat 4 kali setahun.
  2. Penyebaran Maklumat Kepada Warga Sekolah Dan Ibubapa.
  3. Gotong-Royong.
  4. Pemeriksaan Mingguan Kawasan Sekolah Dengan Menggunakan Borang Senarai Semak Pencegahan Denggi ( SSPD ).
  5. Menghantar Laporan Bulanan Ke JPN.
  6. Melaksanakan Secara Berterusan Program Aktiviti Pendidikan Pencegahan Denggi, Ceramah, Pameran, Sudut Kesihatan, Minggu Kesihatan Dan Lain-lain.
  7. Mewujudkan Kawasan Angkat Kepada Murid / Komuniti Untuk Pembersihan Kawasan.
Tindakan Untuk Sekolah Yang Berada Di Kawasan Yang Diwartakan "Hot Spot" Denggi :
  1. Wujudkan Task Force / Flying Squad Bagi Memantau Dan Mengambil Tindakan Segera Menangani Masalah Pembiakan Nyamuk Aedes.
  2. Pemeriksaan Harian Kawasan Sekolah Menggunakan Senarai Semak Pencegahan Denggi ( SSPD ).
  3. Menghantar Laporan Secara Mingguan Ke JPN.
  4. Berhung Dengan Pusat / Jabatan Kesihatan Bagi Mendapat Khidmat Nasihat / Bantuan  Bagi Menangani Masalah Pembiakan Nyamuk Aedes.
  5. Memantau / Membuat Laporan Segera Jika Warga Sekolah Disyaki Mengidap Penyakit Demam Denggi.

Antara Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes.
  1. Pam Tandas.
  2. Bawah Penutup Longkang.
  3. Tong Deram Berisi Air.
  4. Kanvas.
  5. Parit Bangunan.
  6. Tanki Septik.
  7. Tempurung Kelapa.
  8. Celah Rekahan Simen.
  9. Seludang Kelapa.
  10. Mangkuk Tandas Yang Tidak Berfungsi.
  11. Kolam.
  12. Pelapik Rak Pinggan.
  13. Pasu Hiasan.
  14. Botol Kosong.
  15. Bekas Minuman.
  16. Tin-Tin Kosong.
  17. Tayar Buruk. 
  18. Pasu Bunga.
  19. Alas Pasu Bunga.
  20. Talam Peti Sejuk.
  21. Tempayan.
  22. Baldi.

KELAB DOKTOR MUDA




AKTIVITI YANG DICADANGKAN.

  • Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
  • Ceramah Kesihatan Berkaitan Isu Semasa.
  • Pertandingan Berat Badan Unggul


No comments:

Post a Comment