SURAT PEKELILING IKHTISAS.
- Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah. 8 ( 88 )
- Keselamatan Diri Murid Pergi Dan Balik Ke Sekolah. 8 ( 99 )
- Menangani Masalah Keselamata, Dadah Dan Gengster. 6 ( 00 )
- Mencegah Kebakaran Di Sekolah. 7 ( 00 )
- Pelaksanaan Program Sekolah Selamat. 4 ( 02 )
- Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti / Program Di Luar Waktu Persekolahan. 8 ( 09 )
- Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah. 8 ( 11 )
PROGRAM PENINGKATAN KESELAMATAN SEKOLAH.
DEFINISI
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga
Sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.
MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.
RASIONAL
1. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan.
2. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselantan fizikal, sosial , Emosi dan teknikal.
Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
3. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan Institusi pendidikan dari segi
keselamatan.
keselamatan.
4. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas ,tanpa Sokongan keluarga dan
komuniti.
komuniti.
PERANCANGAN
Bagi melicinkan pelaksanaan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah , ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Jawatankuasa
1.Jawatankuasa Induk - Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri dari wakil-wakil ibu bapa, guru,
polis dan bukan kerajaan
2. Jawatankuasa Pelaksana
3. Kekerapan Mesyuarat
4. Kehadiran ahli-ahli dalam mesyuarat
5. Sistem Fail :
- surat panggilan mesyuarat
- minit mesyuarat
- surat perlantikan j/kuasa tahun semasa
- maklumat diri ahli jawatankuasa
Fungsi Jawatankuasa
1. Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah.
2. Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (komuniti, keluarga )
3. Mempromosikan secara aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat.
4. Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatan yang ada.
5. Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak akan isu ke arah peningkatan keselamatan
sekolah.
6. Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur peningkatan keselamatan sekolah
dari masa ke semasa.
Polisi Keselamatan Murid Pergi dan Balik Sekolah
1. Data cara pelajar ke sekolah.
2. Kaedah Pemantauan yang terancang
3. Rekod Kemalangan
4. Tatacara Murid, Tatacara Guru dan Tatacara Ibu Bapa
5. Kaedah yang terancang mempromosikan semua polisi PPKS kepada warga sekolah , ibu bapa dan
komuniti
6. Pelan kawasan berisiko sekita sekolah
7. Pelajar mematuhi tatacara pergi dan balik sekolah
8. Polisi diterima , difahami ,dihargai dan penglibatan sepenuhnya oleh warga sekolah , ibu bapa, pelajar dan
komuniti luar.
9. Polisis mematuhi kehendak undang-undang.
10. Semua tatacara tindakan menghadapi krisis dipamer , dijelaskan,difahami dan mesra pengguna.
11. Sistem kwalan lalu lintas di dalam dan di luar sekolah.
Polisi Ke Arah Salah Laku Sifar
1. Program Ke Arah Peningkatan Disiplin
o Tatacara Murid
o Tatacara Guru
o Tatacara Ibu Bapa
2. Sistem Pemantauan Disiplin
- Pemeriksaan mengejut
- Buku Pengesanan Pelajar / Tindakan Susulan
3. Rekod Salah Laku termasuk SSDM
4. Kelab Pencegahan Jenayah
5. Pegawai Perhubungan Sekolah - Buku Lawatan Polis
6. Penglibatan Agensi- Agensi Lain
7. Peraturan Sekolah
8. Peraturan- Peraturan Pendidikan , Buku – Buku Panduan dan Surat – Surat Pekeliling Ikhtisas Disiplin
9. Surat Penurunan Kuasa Merotan
10. Kesesuaian polisi-polisi lain yang boleh dibina dalam konteks sekolah.
Polisi Pengurusan Keselamatn Dan Tatacara menghadapi Krisis
1. Sistem kawalan keluar masuk sekolah ( Buku Rekod Pelawat , Buku
Kebenaran Membawa Pelajar Keluar dan lain-lain )
2. Sitem Kawalan Keluar masuk Kelas
3. Sistem Pengenalan yang berkesan untuk murid, kakitangan dan pelawat.
4. Sistem telekomunikasi yang berkesan.
5. Nombor-nombor telefon semua pihak yang berkaitan semasa krisis dipamerkan dengan jelas di tempat
yang sesuai.
6. Peraturan dan arahan keselamatan dipamerkan dengan jelas ditempat yang sesuai.
7. Kerjasama anatara pihak polis ,pengawal keselamatan sekolah , sukarelawan sebelum,semasa dan
selepas waktu persekolahan.
8. Warga sekolah dapat menyatakan dan menjelaskan tatacara menghadapi
Krisis .
9. Perhimpunan Sekolah ( Mingguan / harian )
- Laporan Perhimpunan Mingguan / harian
- Penglibatan murid
CONTOH POLISI.
POLISI 1 : PERGI DAN BALIK SEKOLAH DENGAN SELAMAT
A) MATLAMAT.
1- Mewujudkan keadaan yang
selamat dalam perjalanan pergi dan balik
sekolah.
2- Memupuk sikap toleransi di
kalangan ibubapa dan murid.
3- Memastikan ibubapa dan murid
menjaga keselamatan diri dan anak dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
4- Meyakinkan ibubapa terhadap
keselamatan diri dan anak mereka dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
B) RASIONAL
1- Ramai ibubapa dan murid
terdedah kepada bahaya akibat kecuaian ataupun sikap tidak mementingkan aspek
keselamatan.
2- Kesedaran ibubapa dan murid
terhadap keselamatan pergi dan balik sekolah amat kurang
3- Keupayaan sekolah dalam
menangani isu-isu keselamatan keselamatan di luar kawasan sekolah amat terbatan
atas sikap acuh tak acuh ibubapa dan murid.
4- Mengadakan persekitaran yang
selamat untuk ibubapa dan murid melalui pendidikan keselamatn diri dalam
perjalanan pergi dan balik sekolah mat diperlukan.
C) POLISI
Memastikan ibubapa dan murid sekolah
selamat dalam perjalanan pergi dan balik.
D) TUJUAN / OBJEKTIF
1- Menyedia dan menyebarkan
maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan ibubapa dan murid semasa pergi
dan balik sekolah.
2- Mengenalpasti masalah
berkaitan dengan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik sekolah.
3- Supaya ibubapa dan murid peka
terhadap keselamatan diri mereka semasa pergi dan balik sekolah.
4- Meyakinkan ibubapa terhadap
keselamatan diri mereka dan anak mereka berdasarkan peraturan yang disediakan.
E) TATACARA AM
1- Penyediaan jadual bertugas
guru dan pengawas serta dengan bantuan ibubapa di pintu masuk di pintu masuk (
gate ) sebelum dan selepas masa persekolahan.
2- Kenderaan ibubapa dilarang
memasuki kawasan sekolah.
3- Murid beratur semasa balik ke
rumah.
4- Murid berada di tempat
menunggu sekiranya kenderaan mereka belum tiba.
F) TATACARA UNTUK MURID.
a) Pergi dan balik dengan berjalan kaki.
1- Melintas Jalan.
- Murid dikehendaki berjalan kaki
hingga berada dihadapan sekolah.
- Murid dikehendaki mengikut arahan
pekerja sekolah yang mengawal
lalulintas di waktu pergi dan balik sekolah.
- Murid dikehendaki berdiri di atas
kaki lima atau bahu jalan ketika hendak
melintas.
- Undur dua langkah ke belakang
apabila anda melihat kenderaan besar.
- Tunggu sehingga pekerja lalulintas
memberi arahan kepada kenderaan
supaya berhenti.
- Tunggu arahan daripada pekerja
lalulintas.
- Lihat kanan, kiri dan kanan semula.
- Melintas apabila menerima arahan daripada
pekerja lalulintas dan
apabila sudah pasti kenderaan sudah berhenti.
2- Berjalan kaki di dalam kawasan sekolah.
- Murid dikehendaki menggunakan
lorong pejalan kaki yang disediakan.
- Murid dikehendaki berhenti di
lintasan pejalan kaki ( zebra )
- Lihat kanan, kiri dan kanan semula.
- Melintas apabila sudah pasti tidak
ada kenderaan atau kenderaan sudah
berhenti.
3- Berjalan kaki di waktu hujan.
- Murid dikehendaki memakai baju
hujan.
- Jika memakai payung anda mesti
memegang dengan betul supaya tidak
menghalang pandangan hadapan.
- Murid dikehendaki berjalan dengan
cermat terutama di tempat-tempat
yang licin.
- Sekiranya hujan terlalu lebat, murid
di minta menumpang teduh di tempat
Selamat seperti pondok menunggu bas
atau lain-lain bangunan. Jangan
berteduh di bawah pokok.
- Murid dikehendaki tidak menggunakan
payung ketika hujan ribut dan
angin kencang.
- Murid dikehendaki tidak
bermain-main di dalam hujan.
4- Berjalan kaki di tempat sunyi dan semak.
- Murid dikehendaki berjalan dalam
kumpulan sekurang-kurangnya dua
orang
- Murid digalakkan mempunyai
pengetahuan seni mempertahankan diri.
- Sekiranya berlaku kecemasan, anda
jangan panik. Menjerit meminta
tolong, cuba pertahankan diri atau
lari menyelamatkan diri.
- Laporkan kejadian tersebut kepada
guru dengan segera untuk tindakan
seterusnya.
b) Pergi dan balik dengan menaiki bas.
Tidak terdapat murid yang menaiki
bas.
c) Pergi dan balik dengan menaiki basikal.
- Murid dinasihatkan memahirkan
diri menggunakan basikal sebelum
menunggang basikal ke sekolah.
- Murid-murid diminta memakai
pakaian yang boleh memantulkan
Cahaya ( vest keselamatan).
- Murid dikehendaki memastikan
basikal sentiasa dalam keadaan baik.
- Murid-murid dilarang mengayuh
terlalu laju.
- Murid-murid dilarang bersaing
atau bergandingan.
- Apabila sampai ke sekolah murid
diminta berhenti dan turun di laluan
yang disediakan.
- Murid-murid dikehendaki menolak
basikal mereka ke tempat meletak
basikal yang disediakan.
- Di waktu balik dari sekolah murid
dikehendaki menolak basikal mengikut
lorong basikal yang disediakan
hingga ke pintu pagar sekolah.
- Selepas pintu pagar sekolah,
murid dibenarkan menunggang basikal
dengan cermat balik ke rumah.
d) Pergi dan balik dengan menaiki
motosikal.
- Pastikan motosikal dalam keadaan baik dan
sempurna.
- Murid-murid tidak dibenarkan
menunggang motosikal ke sekolah.
- Murid-murid yang dihantar oleh
ibubapa dengan motosikal dikehendaki
memakai topi keledar.
- Apabila sampai ke sekolah
murid-murid dikehendaki turun di pintu
pagar yang dikhaskan untuk pejalan kaki.
- Murid dikehendaki mengikuti
tatacara pejalan kaki sebagaimana
disebutkan di atas.
- Apabila balik dari sekolah murid dikehendaki berada di tempat
menunggu sehingga motorsikal ibubapa / penjaga mereka
sampai.
- Sekiranya berlaku kemalangan,
anda dikehendaki memohon bantuan
orang terdekat dan laporkan segera kepada guru atau
guru bertugas
atau pihak pentadbir.
e) Pergi dan balik menggunakan kereta
atau van.
-
Murid dikehendaki memastikan pintu kereta ditutup dengan sempurna
sebelum kereta bergerak.
-
Gunakan talipinggang keledar.
- Anda
dilarang bergurau atau bermain semasa kenderaan bergerak.
-
Pastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik
kenderaan.
- Apabila sampai ke sekolah murid-murid diminta turun di pintu pagar
yang dikhaskan untuk pejalan
kaki.
- Murid dikehendaki mengikuti
tatacara pejalan kaki sebagaimana
disebutkan di atas.
- Apabila balik dari sekolah murid
dikehendaki berada di tempat
menunggu sehingga kereta ibubapa
/ penjaga mereka sampai.
G ) TATACARA UNTUK IBUBAPA
1- Menemani anak berjalan kaki
dalan keadaan cuaca gelap, hujan dan sunyi sehingga sampai ke sekolah.
2- Mengingatkan atau menasihatkan
anak supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap orang-orang yang
tidak dikenali semasa pergi dan balik sekolah.
3- Mengambil tahu waktu anak
pergi dan balik sekolah dan menghubungi sekolah sekiranya anak lewat balik.
4- Memastikan anak memakai
pakaian cerak atau bahan reflektif jika jika berjalan dalam cuaca gelap.
5- Elakkan anak dari menaiki
kenderaan yang uzur atau kurang sempurna.
6- Mengingatkan anak supaya
mematuhi peraturan lalulintas sebagaimana yang telah disampaikan oleh pihak
sekolah.
H ) TATACARA UNTUK GURU.
1- Memberi penerangan tentang
risiko yang berada di sekitar sekolah atau sepanjang perjalanan ke sekolah.
2- Membuat rondaan ke tempat yang
berisiko tinggi atau tempat yang selalu dikunjungi oleh murid.
3- Memberi pertolongan cemas jika
perlu.
4- Menelefon pihak ambulan, bomba
atau polis jika berlaku kemalangan.
5- Menghubungi keluarga murid.
6- Membuat laporan kepada Guru
Besar.
I) TATACARA BILA BERLAKU KEMALANGAN.
1- Murid dikehendaki jangan
panik.
2- Catat nombor, jenis dan warna
kenderaan yang terlibat.
3- Laporkan kepada guru.
4- Guru akan bertindak mengikut
tatacara untuk guru.
POLISI 2 : SIFAR PONTENG.
A) MATLAMAT.
1-
Membasmi masalah ponteng sekolah di kalangan murid.
2-
Menggalakkan murid menepati waktu persekolahan dan
ko-kurikulum.
3-
Menanamkan rasa suka berada di sekolah.
4-
Memastikan murid membawa surat sakit / surat dari penjaga
sekiranya tidak hadir.
B) RASIONAL
1-
Adanya pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab
yang munasabah.
2-
Sikap murid yang tidak menepati waktu.
3-
Menyediakan persekitaran belajar yang seronok untuk
menarik minat murid.
C) POLISI
Memastikan
murid hadir mengikut waktu persekolahan dan aktiviti ko-kurikulum.
D) TUJUAN /
OBJEKTIF
1-
Mengurangkan ketidakhadiran murid ke sekolah tanpa sebab.
E) TATACARA AM.
1-
Penandaan buku jadual kedatangan oleh guru kelas setiap
hari sebelum jam 09.00 pagi.
2-
Menyimpan rekod / maklumat surat sakit / surat dari
penjaga.
3-
Mengemaskini borang kehadiran murid dalam Sistem Merit De
Merit.
F) TATACARA
MURID.
1-
Setiap murid mesti ada peraturan sekolah.
2-
Murid dikehendaki mematuhi peraturan sekolah.
3-
Hendaklah hadir ke sekolah dan hadir dalam semua aktiviti
ko-kurikulum yang melibatkan semua murid.
4-
Murid yang tidak hadir hendaklah menyerahkan surat sakit
/ surat dari penjaga / membuat panggilan telefon.
5-
Murid yang bermasalah hendaklah dirujuk kepada guru
kaunseling.
G) TATACARA GURU
1-
Pastikan murid ada buku peraturan sekolah.
2-
Pastikan murid sampai tepat pada waktunya sebelum 7.30
pagi.
3-
Sentiasa memberi peringatan kepada murid.
4-
Mengenalpasti murid yang selalu ponteng
5-
Mencatat butiran kesalahan murid.
6-
Hantar surat peringatan kepada ibubapa murid.
7-
Guru hendaklah menyemak rekod kedatangan harian dan buku
kawalan kelas.
8-
Guru kelas hendaklah merujuk masalah murid yang sukar
dibimbing kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
9-
Kes yang berat akan dirujuk kepada Guru Penolong Kanan
Hal-Ehwal Murid dan Guru Besar.
H) TATACARA
IBUBAPA.
1-
Pastikan anak-anak bersekolah pada waktunya.
2-
Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang ketidakhadiran
anak-anak ke sekolah.
3-
Sentiasa menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui
perkembangan anak-anak.
4-
Ibubapa pastikan dan beri kerjasama kepada pihak sekolah
jika berlaku gejala ponteng.
5-
Ibubapa hendaklah hadir ke sekolah setelah menerima surat
amaran ketidakhadiran anak ke sekolah tanpa sebab.
6-
Mengadakan perbincangan dua hala dengan pihak sekolah.
7-
Ibubapa mesti menandatangani surat jaminan bertulis
bahawa anak jagaan menghentikan perlakuan agar tidak berulang.
POLISI 3 : BILIK-BILIK SELAMAT.
A) MATLAMAT
1-
Memastikan bilik-bilik yang selamat dan kondusif untuk
pendidikan dan pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.
2-
Mengurangkan kecederaan serius ketika sessi pengajajaran
dan pembelajaran.
B) RASIONAL
1-
Murid kurang kesedaran mengenai keslamatan di dalam bilik
darjah dan bilik-bilik khas.
2-
Keselamatan diri kerap diabaikan.
3-
Terdapat beberapa kes murid mendapat kemalangan / cedera
sewaktu mengikuti sessi pembelajaran.
C) POLISI
Memastikan
bilik-bilik di sekolah sentiasa selamat dan sesuai bagi merangsang proses
pengajaran dan pembelajaran agar melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.
C) TUJUAN /
OBJEKTIF
1-
Melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan mengenai
bilik-bilik yang selamat.
2-
Tiada kemalangan yang berlaku kecuali masalah yang tidak
boleh dielakkan.
3-
Ibubapa tidak merasa gusar / bimbang sewaktu anak-anak
mereka berada di dalam bilik darjah / bilik-bilik khas.
4-
Memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang
ditetapkan.
5-
Meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga keselamatan
diri kepada warga sekolah.
D) TATACARA AM.
1-
Penyediaan peraturan bilik darjah dan bilik-bilik khas.
2-
Merekodkan peralatan.
3-
Pemeriksaan fizikal terhadap kemudahan asas yang terdapat
di dalam bilik-bilik tersebut.
4-
Sentiasa membersihkan bilik-bilik supaya ianya selamat.
5-
Penyediaan jadual bertugas untuk bilik darjah dan bilik
tertentu.
6-
Terdapat kotak ubat di bilik-bilik yang berisiko
mendatangkan kecederaan.
E) TATACARA GURU.
1- Merangka satu peraturan yang sesuai dengan
bilik masing-masing.
2- Menjumlahkan setiap keperluan asas yang ada
dalam bilik masing-
masing.
3-
Melekatkan peraturan dan jumlah keperluan asas pada
tempat yang sesuai di dalam bilik
masing-masing.
4-
Mewujudkan satu buku untuk staf atau individu yang ingin
meminjam keperluan asas yang terdapat di dalam bilik tersebut.
5-
Menerangkan kepada murid setiap peraturan di dalam bilik
masing-masing.
6-
Memastikan peraturan tersebut difahami dan diikuti oleh
murid-murid.
F) TATACARA UNTUK
IBUBAPA
1-
Ibubapa dikehendaki mengingatkan dan menasihatkan
anak-anak agar mematuhi setiap peraturan di dalam bilik darjah dan bilik khas.
2-
Mengingatkan anak-anak supaya berwaspasa terhadap
bilik-bilik yang berisiko dan boleh mendatang kecederaan.
3-
Memeriksa peralatan yang dibawa pulang.
4-
Mengingatkam anak-anak
supaya memulangkan peralatan atau bahan yang dipijam dari pihak sekolah
sebelum tarikh tamat peminjaman.
5-
Sentiasa menghubingi pihak sekolah jika terdapat sebarang
kemusykilan.
G) TATACARA UNTUK
MURID
Murid dikehendaki mematuhi semua
tatacara yang dirangka pada setiap bilik darjah dan bilik-bilik khas oleh guru
yang berkenaan.
( Sila semak lampiran berkelat )
POLISI 4 : PERSEKITARAN
SELAMAT.
A) MATLAMAT
1-
Memastikan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif
untuk pertumbuhan dan perkembangan bagi melahirkan murid yang sihat dan
cemerlang.
2-
Mengurangkan kecederaan serius ketika berada di dalam
kawasan sekolah.
B) RASIONAL
1-
Murid kurang kesedaran mengenai keslamatan ketika berada
di dalam kawasan sekolah.
2-
Keselamatan diri kerap diabaikan.
3-
Terdapat beberapa kes murid mendapat kemalangan / cedera
sewaktu berada di dalam kawasan sekolah..
C) POLISI
Memastikan persekitaran
sekolah sentiasa selamat dan sesuai bagi merangsang proses pertumbuhan dan
perkembangan murid agar melahirkan murid yang sihat dan cemerlang.
C) TUJUAN /
OBJEKTIF
1-
Melengkapkan murid-murid dengan pengetahuan mengenai persekitaran
sekolah yang selamat.
2-
Tiada kemalangan yang berlaku kecuali masalah yang tidak
boleh dielakkan.
3-
Ibubapa tidak merasa gusar / bimbang sewaktu anak-anak
mereka berada di dalam kawasan sekolah.
4-
Memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang
ditetapkan.
5-
Meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga keselamatan
diri kepada warga sekolah.
D) TATACARA AM.
1-
Mengenalpasti tempat-tempat yang boleh mendatangkan
bahaya.
2-
Merekodkan tempat-tempat yang bahaya.
3-
Pemeriksaan fizikal terhadap kemudahan asas yang terdapat
di sekolah
4-
Sentiasa kebersihan persekitaran agar ianya selamat.
E) TATACARA GURU.
1- Menyenaraikan tempat-tempat yang bahaya.
2- Melabelkan tempat-tempat yang bahaya tersebut
agar mudah dikesan
oleh
warga sekolah.
3-
Memberi penerangan kepada murid tentang tempat-tempat
yang boleh mendatangkan kecederaan.
4-
Memastikan peraturan tersebut difahami dan diikuti oleh
murid-murid.
5-
Guru yang bertugas memantau pergerakan murid agar
mematuhi peraturan yang disediakan.
6-
Memberi teguran dan nasihat kepada murid yang melanggar
peraturan.
7-
Merujuk kapada guru displin atau guru bimbingan dan
kaunseling sekiranya seorang murid melanggar peraturan tersebut lebih dari tiga
kali.
F) TATACARA UNTUK
IBUBAPA
1-
Ibubapa dikehendaki mengingatkan dan menasihatkan anak-anak
agar mematuhi setiap peraturan keselamatan di sekolah.
2-
Mengingatkan anak-anak supaya berwaspasa terhadap tempat-tempat
yang berisiko di sekolah yang boleh mendatang kecederaan.
3-
Sentiasa menghubungi pihak sekolah jika terdapat sebarang
kemusykilan.
G) TATACARA UNTUK
MURID
1-
Murid yang berjalan kaki dikehendaki mematuhi peraturan
berjalan kaki apabila memasuki kawasan sekolah.
2-
Murid yang berbasikal dikehendaki mematuhi peraturan
berbasikal dalam kawasan sekolah.
3-
Murid yang menaiki kereta atau van dikehendaki mematuhi
tatacara menaiki kerata arau van.
4-
Murid dikehendaki sentiasa peka terhadap setiap papan
tanda yang terdapat di persekitaran sekolah.
5-
Berhati-hati dengan tempat yang bahaya seperti longkang
dan pokok berduri.
6-
Murid dikehendaki tidak mencerobohi tempat yang berlabel
kawasan larangan.
7-
Murid dikehendaki tidak berlari-lari ketika menaiki dan
menuruni anak tangga.
8-
Murid dikehendaki mematuhi langkah-langkah keselamatan
setiap masa.
H) TATACARA UNTUK
PENGAWAS
1-
Pengawas dikehendaki membantu
guru di dalam melaksanakan keselamatan di persekitaran sekolah.
2-
Pengawas diminta merekodkan murid yang melanggar
peraturan yang dietapkan.
3-
Nama yang direkodkan hendaklah dirujuk kepada guru
pengawas.
4-
Murid yang melanggar peraturan melebihi tiga kali perlu
diambil tindakan dengan merujuk kepada guru displin atau guru bimbingan dan
kaunseling.
POLISI 5 :
KEHILANGAN HARTA BENDA.
A) MATLAMAT.
1-
Memupuk sikap menghormati harta benda orang lain dan hak
milik orang.
2-
Memastikan harta benda murid selamat berada di sekolah.
3-
Memastikan murid dapat menggunakan harta benda mereka
dengan selamat.
4-
Memupuk tabiat murid cara untuk menjaga harta benda
sendiri dengan selamat.
B) RASIONAL
1-
Murid tidak hormat kepada hak milik orang.
2-
Kehilangan harta benda murid seringkali berlaku dalam
sekolah.
3-
Murid kurang memberi perhatian terhadap harta benda
mereka.
4-
Terdapat murid yang suka mengambil harta benda orang
lain.
C) POLISI
Memastikan
harta benda murid selamat sepanjang masa mereka berada di dalam kawasan
sekolah.
D) TUJUAN /
OBJEKTIF
1-
Murid berasa senang hati untuk menyimpan barang mereka di
sekolah
2-
Memupuk pengetahuan mengenai hak milik.
3-
Menyemaikan sifat tidak tamak pada murid sejak kecil.
4-
Membuat pemeriksaan secara tiba-tiba apabila berlaku
kehilangan harta benda.
5-
Menyediakan satu tempat khas untuk menyimpan hartabenda
murid yang hilang dan membuat penyiasatan sekiranya ada murid melaporkan
kehilangan harta benda mereka untuk memastikan benda itu kepunyaan murid
tersebut.
E) TATACARA UNTUK
MURID.
1-
Murid dikehendaki / digalakkan menulis nama mereka pada
harta benda seperti pensil, pemadam, kotak pensil, pembaris dan lain-lain.
2-
Murid dikehendaki melaporkan dengan segera kehilangan
harta benda.
3-
Murid tidak dibenarkan membawa harta benda yang berharga
ke sekolah seperti rantai emas, cincin emas dan lain-lain lagi.
4-
Murid tidak dibenarkan membawa duit lebih dari RM 5 ke
sekolah kecuali hendak membuat bayaran tertentu.
5-
Murid dikehendaki menyimpan harta benda di tempat yang
selamat.
6-
Murid dikehendaki mempunyai rasa hormat terhadap hak
milik orang lain.
7-
Murid hendaklah prihatin terhadap harta benda sendiri.
8-
Murid yang kehilangan harta benda dikehendaki melaporkan
kepada mana-mana guru, guru-guru bertuga atau guru kebajikan sekolah dengan
seberapa segera.
F) TATACARA UNTUK
GURU
1-
Guru dikehendaki menasihatkan murid agar menulis nama
mereka pada peralatan sekolah seperti pensil, pemadam, kotak pensil, pembaris
dan lain-lain.
2-
Guru yang menerima aduan kehilangan harta benda murid dikehendaki
membawa aduan tersebut kepada guru kebajikan sekolah.
3-
Guru kebajikan sekolah dikehendaki mewujudkan satu ruang
khas untuk menyimpan harta benda yang hilang.
4-
Guru kebajikan dikehendaki
menyiasat terlebih dahulu kesahihan aduan kehilangan.
5-
Setiap harta benda yang diterima dan diserahkan kepada
murid perlulah direkodkan di dalam buku daftar kehilangan harta benda.
G) TATACARA UNTUK
IBUBAPA
1-
Sentiasa membekalkan alat tulis dan wang yang secukupnya.
2-
Sentiasa memastikan alat tulis mencukupi untuk hari
esoknya.
3-
Memastikan ada nama pada alat tulis anak.
4-
Memastikan anak membawa balik alat tulis.
5-
Memastikan anak tidak mengambil harta benda orang serta
sentiasa memeriksa begnya.
6-
Melaporkan kepada pihak sekolah tentang kekerapan
berlakunya kehilangan.
7-
Sentiasa mengingatkan anak supaya sentiasa peka terhadap
harta benda ketika berada di sekolah.
8-
Sentiasa memeriksa wang yang dibaa oleh anak sebelum
pergi ke sekolah.
9-
Sediakan dompet kecil untuk anak supaya wangnya tidak
tercicir.
10- Memastikan
anak-anak tidak membawa barang bernilai ke sekolah.
POLISI 6 :
KESELAMATAN DI WAKTU PAGI DAN REHAT.
1- KESELAMATAN DI
WAKTU PAGI.
A) MATLAMAT
1-
Mewujudkan suasana yang selamat di waktu pagi.
2-
Memupuk minat membaca di kalangan murid.
3-
Memastikan murid-murid menjalankan aktiviti yang
berfaedah semasa waktu pagi.
4-
Meyakinkan ibubapa terhadap a]keselamatannya anaknya di
waktu pagi.
B) RASIONAL.
1-
Murid-murid suka kejar mengejar di waktu pagi.
2-
Murid-murid membuat kerja yang sia-sia di waktu pagi.
3-
Harta benda murid hilang di waktu pagi.
4-
Terdapat ibubapa yang risau terhadap keselamatannya
anaknya semasa di sekolah.
C) POLISI
Memastikan
murid menggunakan waktu pagi dengan bijak dan optimis dalam suasana yang
selamat pada waktu pagi.
D) TUJUAN /
OBJEKTIF
1-
Mengurangkan / mengelakkan kadar kecederaan murid-murid pada
waktu pagi.
2-
Melatih murid agar memurnikan masa pagi dengan betul dan
optimis.
3-
Memupuk dan mengukuhkan budaya berdisplin dalam diri
murid-murid.
4-
Mewujudkan keyakinan di kalangan ibubapa terhadap
keselamatan anak mereka ketika berada di sekolah.
E) TATACARA UNTUK
MURID
1-
Sebaik sahaja murid berada di SK Behor Empiang, murid
tertakluk dengan peraturan-peraturan yang termaktub di dalam buku peraturan
sekolah.
2-
Murid yang berbasikal hendaklah meletakkan basikal di
tempat yang disediakan
3-
Murid dkehendaki meletakkan beg di dalam kelas.
4-
Murid yang bertugas dibenarkan berada di dalam kelas untuk membersihkan
kelas sehingga loceng dibunyikan.
5-
Murid-murid lain hanya dibenarkan berada di kantin (
terutamanya murid RMT ), Dataran Murni dan Dataran SKBE.
6-
Murid-murid menggunakan masa tersebut dengan berkualiti
seperti berbincang dan membaca nota atau apa saja perkara yang berkaitan dengan
persekolahan.
7-
Murid-murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan
selepas loceng dibunyikan.
8-
Perhimpunan harian akan dimulakan dengan bacaan doa
selamat.
9-
Murid akan mendengar dan meneliti buku displin /
peraturan sekolah yang akan di bacakan sekurang-kurangnya seminggu sekali oleh
guru mengikut keadaan semasa.
10- Murid
diminta membawa buku peraturan sekolah setiap kali ke perhimpunan.
11- Guru
bertugas akan memberi taklimat mengenai senario semasa.
12- Perhimpunan
akan diakhiri dengan ikrar murid untuk mematuhi peraturan sekolah.
F) PERANAN
PENGAWAS.
1-
Pengawas bergerak ke tempat-tempat bertugas seperti yang
ditetapkan.
2-
Pengawas dikehendaki mengawasi tingkahlaku murid-murid
supaya berdisplin di waktu pagi.
3-
Mereka juga akan memastikan murid-murid membuat perkara
yang berfaedah di waktu pagi.
4-
Pengawas dikehendaki menghubungi dan melaporkan kepada
guru bertugas sekiranya berlakunya kecederaan untuk mengelakkan sebarang
kejadian yang tidak diingini.
G) PERANAN GURU
BERTUGAS.
1-
Guru bertugas perlu memastikan murid-murid mematuhi
tatacara di waktu pagi supaya tidak berlaku apa-apa kemalangan yang tidak
diingini.
2-
Guru dikehendaki meronda kawasan sekolah untuk
memerhatikan tingkahlaku murid.
3-
Guru perlu menasihati murid supaya membuat sesuatu yang
berfaedah seperti membaca buku dengan senyap, perbincangan dan sebagainya.
4-
Jika terdapat murid yang tidak mematuhi peraturan, guru
perlu segera menegur atau memberi amaran kepada murid tersebut.
5-
Jika kemalangan berlaku, guru perlu mengambil tindakan
segera.
H) TATACARA UNTUK
IBUBAPA.
1-
Ibubapa hendaklah memastikan anaknya sampai ke sekolah
sebelum 7.30 pagi.
2-
Ibubapa yang menghantar anak perlu meninggalkan anak di luar
pintu pagar sekolah.
3-
Ibubapa tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah tanpa
urusan.
4-
Ibubapa dikehendaki mematuhi
tatacara di waktu pagi.
CONTOH PERATURAN BILIK-BILIK KHAS.
PANDUAN KESELAMATAN DAN
PERATURAN DI MAKMAL SAINS.
1- Semua pelajar dilarang masuk ke dalam makmal tanpa
kebenaran guru.
2- Bahan kimia dan alat radas tidak boleh diubah dan
dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.
3- Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran guru.
4- Gunakan serpihan kayu, batang mancis atau pemetik api
untuk menyalakan penunu bunsen. Jangan
menyalakan penunu bunsen dengan kepingan kertas.
5- Jangan buangkan bahan pepejal ke dalam singki. Bahan pepejal ini hendaklah dibuang ke dalam
tong sampah.
6- Batang mancis dan serpihan kayu yang bernyala haruslah
dipadamkan dengan air sebelum dibuang ke
dalam tong sampah.
7- Baca label pada botol bahan uji sebelum
menggunakannya.
8- Jangan bazirkan bahan-bahan kimia.
9- Bahan pepejal hendaklah dikendalikan dengan
menggunakan spatula dan tidak menggunakan jari anda.
10- Asid dan alkali yang terkena pada kulit dan pakaian
haruslah dibasuh seberapa segera dengan menggunakan air paip yang banyak.
11- Jika asid dan alkali termasuk ke dalam mata anda,
basuh segera dengan menggunakan air paip yang banyak.
12- Jangan rasa sebarang bahan kimia walaupun ia adalah
larutan yang cair. Semua bahan kimia
adalah beracun dan merbahaya.
13- Jika asid dan alkali termasuk termasuk ke dalam mulut
anda, ludahkannya serta merta dan basuh mulut anda dengan menggunakan air yang
banyak.
14- Jangan minum air paip yang terdapat di dalam makmal
kerana air ini tidak selamat untuk diminum.
15- Jangan bazirkan gas, air dan tenaga letrik.
16- Jika baju anda terbakar, jangan cemas. Cuba gulingkan badan anda di atas
lantai. Guru anda akan meletakkan gebar
di atas badan anda untuk memadamkan api itu.
17- Jika berlaku kebakaran, peraturan kebakaran sekolah
anda hendaklah dipatuhi.
18- Laporkan semua kemalangan dengan serta merta kepada
guru.
19- Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas
digunakan.
20- Bersihkan tempat anda selepas menjalankan eksperimen
dan tinggalkan makmal dalam keadaan bersih dan kemas.
” UTAMAKAN
KESELAMATAN ANDA RAKAN-RAKAN ANDA”
Disediakan oleh :
Panitia Sains SKBE.
PANDUAN PERATURAN PUSAT
SUMBER
1- Tidak dibenarkan membawa masuk makanan, minuman, beg
dan topi keledar ke dalam pusat sumber.
Sila letakkan di luar atau tempat yang disediakan.
2- Dilarang membuat bising, berbual-bual atau bersiul di
dalam pusat sumber.
3- Letakkan kembali buku yang telah digunakan dan diambil
ke tempat asal atau di atas rak yang disediakan.
4- Pelihara harta milik pusat sumber. Dilarang menconteng meja, kerusi, dinding dan
lantai pusat sumber.
5- Hargai semua hak milik pusat sumber dengan
sebaiknya. Gunakan dengan cermat supaya
ianya boleh sentiasa digunakan untuk jangka panjang.
6- Pengawas pusat sumber berhak menuntut ganti rugi untuk
sebarang kecacatan dan kehilangan buku dari peminjam.
7- Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada tarikh
yang ditetapkan. Denda akan dikenakan
sekiranya pemulangan buku lewat dari tarikh yang ditetapkan.
8- Sebarang pinjaman buku hendaklah melalui proses
pendaftaran di kaunter pinjaman terlebih dahulu.
9- Pelajar hanya dibenarkan meminjam atau memulangkan
buku pada waktu rehat atau semasa pengawas pusat sumber yang bertugas berada di
kaunter.
10- Para pengguna pusat sumber haruslah sentiasa menjaga kebersihan pusat sumber,
buang sampah ke dalam tong sampah.
Disediakan oleh :
Guru Pusat Sumber SKBE.
yak� e p < � �^� an>
14- Jangan minum air paip yang terdapat di dalam makmal
kerana air ini tidak selamat untuk diminum.
15- Jangan bazirkan gas, air dan tenaga letrik.
16- Jika baju anda terbakar, jangan cemas. Cuba gulingkan badan anda di atas
lantai. Guru anda akan meletakkan gebar
di atas badan anda untuk memadamkan api itu.
17- Jika berlaku kebakaran, peraturan kebakaran sekolah
anda hendaklah dipatuhi.
18- Laporkan semua kemalangan dengan serta merta kepada
guru.
19- Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas
digunakan.
20- Bersihkan tempat anda selepas menjalankan eksperimen
dan tinggalkan makmal dalam keadaan bersih dan kemas.
” UTAMAKAN
KESELAMATAN ANDA RAKAN-RAKAN ANDA”
Disediakan oleh :
Panitia Sains SKBE.
PERATURAN BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR.(BBM)
1- Murid-murid tidak dibenarkan masuk kecuali dengan
arahan guru.
2- Anda dilarang atau minum di dalam bilik ini.
3- Anda hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik ini.
4- Setiap bahan yang dipinjam mestilah direkodkan di
dalam buku rekod pinjaman yang disediakan.
5- Bahan yang telah digunakan mesti diletakkan ditempat
asalnya denga keadaan kemas dan tersusun.
6- Anda tidak dibenarkan membuat bising.
7- Carta yang telah digunakan mesti diletakkan pada rak
yang disediakan.
8- Sila maklumkan kepada guru bilik ini sekiranya bahan
yang anda pinjam rosak atau hilang.
Disediakan oleh :
Guru BBM SKBE.
at su( � ,
� �^� pah ke dalam tong sampah.
Disediakan oleh :
Guru Pusat Sumber SKBE.
PERATURAN BILIK
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1- Pelajar dibenarkan keluar dan masuk dalam bilik
kaunseling semasa WAKTU REHAT DAN
SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN.
2- Pelajar TIDAK
dibenarkan keluar masuk ke bilik bimbingan dan kaunseling pada waktu pengajaran
dan pembelajaran KECUALI
A)
Ada temujanji dengan guru bimbingan dan kaunseling.
B)
Dipanggil oleh guru bimbingan dan kaunseling.
C)
Dirujuk oleh guru-guru.
D)
Hal-hal yang difikirkan perlu.
3- Pelajar TIDAK
DIBENARKAN MEMBAWA sebarang bahan bacaan, maklumat dan peralatan KELUAR dari bilik bimbingan dan
kaunseling tanpa kebenaran dari guru bimbingan dan kaunseling.
4- Setiap bahan bacaan yang dibaca atau peralatan yang
digunakan hendaklah DIKEMBALIKAN ke
tempat asal.
5- Sebarang SAMPAH yang di bawa atau yang dihasilkan ke
dalam bilik bimbingan dan kaunseling hendaklah DIBAWA KELUAR bersama-sama dengan pelajar.
6- Pelajar dikehendaki bersama-sama MENJAGA KEBERSIHAN bilik bimbingan dan kaunseling.
7- Semua murid dan guru diminta membuka alas kaki apabila
ingin masuk ke bilik bimbingan dan kaunseling.
Disediakan oleh :
Guru Bimbingan dan Kaunseling.
PERATURAN BILIK SENI
1- Dilarang
berebut-rebut.
2- Dilarang masuk ke dalam bilik seni tanpa kebenaran
atau kehadiran guru pendidikan seni bersama.
3- Hargailah semua hak milik sekolah yang terdapat di
bilik seni. Dilarang melukis, menconteng
atau merosakkan meja, kerusi, lantai dan dinding bilik seni.
4- Penggunaan suratkhabar sebagai alas meja adalah
penting bagi mengelak sebarang kekotoran pada meja.
5- Amalkan sikap prihatin dan bertanggungjawab, pastikan
susunan meja dan kerusi sentiasa dalam keadaan teratur dan baik.
6- Bersihkan dengan segera menggunakan kain pengelap
sekiranya terdapat warna atau air yang tertumpah pada meja, kerusi dan lantai.
7- Sebagai langkah keselamatan, sentiasa berhati-hati dan
cermat menggunakan peralatan seni yang tajam seperti gunting dan pisau
pemotong.
8- Laporkan segera pada guru seni, sekiranya berlaku
sebarang kecederaan atau kemalangan.
9- Semua peralatan seni harus diletakkan kembali ke
tempat asal setelah selesai digunakan.
Dilarang membawa keluar sebarang peralatan hak milik bilik seni.
10- Sebelum beredar, pastikan suis ditutup dan tiada
sisa-sisa atau sampah ditinggalkan atas meja dan lantai bilik seni.
” UTAMAKAN
KESELAMATAN ANDA DAN RAKAN ANDA ”
Disediakan oleh :
Guru Seni.
PERATURAN KEDAI SEKOLAH
1- Anda dilarang menbawa masuk beg, buku, makanan dan
minuman ke dalam kedai.
2- Anda boleh membeli alat tulis pada waktu pagi iaitu
sebelum pukul 7.30 pagi dan waktu rehat iaitu pukul 10.10 – 10.30 pagi.
3- Dilarang berebut-rebut ketika membeli alat tulis.
4- Selepas memilih barang yang dikehendaki anda mesti
membayar wang di kaunter bayaran.
5- Dilarang sama sekali mencuri atau mengubah kedudukan
barangan yang disusun pada rak yang disediakan.
6- Anda dilarang menjerit atau membuat bising ketika
memilih barangan atau membayar wang.
7- Anda mesti beratur ketika membuat bayaran.
8- Anda hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kedai.
Disediakan oleh :
Guru Kedai Buku SKBE>
PERATURAN
KESELAMATAN BILIK KEMAHIRAN HIDUP
1-
Dapatkankan kebenaran guru sebelum masuk ke dalam bengkel
2-
Jangan bawa masuk beg ke dalam bengkel.
3-
Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.
4-
Gunakan latan dan bahan dengan cara yang betul
5-
Laporkan kemalangan yang berlaku kepada guru dengan segera.
6-
Bersihkan meja kerja dan kawasan bengkel setelah selesai menjalankan aktiviti.
7-
Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel.
8-
Pastikan alatan, bahan dan perkakas sentiasa dijaga supaya selamat digunakan.
PERATURAN KESELAMATAN DIRI
1-
Dilarang memakai barang perhiasan semasa berada di dalam bengkel.
2-
Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta memakai kasut.
3-
Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau ikat hujung tudung.
4- Fahami
langkah kerjua sebelum memulakannya.
Tanya guru jika terdapat sebarang keraguan.
5-
Jangan bermain atau bergurau di dalam bengkel.
6-
Cuci tangan selepas melakukan aktiviti.
Disediakan
oleh :
Guru
Kemahiran Hidup SKBE.
PERATURAN PENGGUNAAN
BILIK MUZIK
1- Sila tanggalkan kasut dan berbaris sebelum masuk ke
dalam bilik ini.
2- Murid-murid hanya dibenarkan membawa masuk peralatan
muzik yang diarahkan, buku rujukan pendidikan muzik dan buku nota sahaja.
3- Segala jenis makanan dan minuman tidak dibenarkan di
bawa bersama.
4- Murid-murid dikehendaki duduk dengan tertib dan
pastikan anda menerima arahan daripada guru sebelum memulakan aktiviti
pembelajaran.
5- Ketika berada di dalam bilik ini, murid-murid tidak
dibenarkan berlari-lari atau bergurau sesama rakan yang boleh mengakibatkan
kecederaan.
6- Segala jenis peralatan muzik / elektronik yang berada
di dalam bilik ini hanya boleh dimainkan dengan kebenaran guru sahaja.
7- Pastikan peralatan muzik / elektronik yang hendak
digunakan berada dalam keadaan baik sebelum menggunakannya.
8- Sila laporkan kepada guru dengan segera jika peralatan
muzik / elektronik yang hendak digunakan rosak.
9- Sentiasa menjaga keselamatan diri dan kebersihan bilik
ini.
10- Sebelum meninggalkan bilik ini, sila pastikan
peralatan muzik / elektronik disimpan dengan betul dan tutup semua suis alatan
elektronik, kipas serta lampu.
Disediakan oleh :
Guru muzik SKBE.
PERATURAN
PENGGUNAAN DI BILIK SPBT
1-
Pastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru SPBT sebelum
mengambil buku teks atau cd-rom buku teks.
2-
Setiap buku teks dan cd-rom buku teks yang di ambil perlulah direkod ke dalam
buku rekod yang disediakan.
3-
Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke bilik SPBT dengan bersendirian
tanpa memaklumkan kepada guru SPBT.
4-
Dilarang mengambil buku teks dan cd-rom buklu teks tanpa kebenaran.
5-
Buku teks dan cd-rom buku teks hendaklah dikembalikan dan diletakkan mengikut
rak yang disediakan.
6-
Bagi mengelakkan berlakunya kehilangan pada buku teks dan cd-rom buku teks,
pastikan pintu bilik SPBT ditutup setiap kali beredar.
7-
Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik SPBT, kutip sampah di persekitaran dan
buangkan ke dalam tong sampah.
8-
Dilarang melepak atau melakukan aktiviti yang membuang masa di bilik SPBT.
9-
Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum beredar.
Disediakan
oleh :
Guru
SPBT SKBE.
PERATURAN
PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN DI BILIK SUKAN.
1-
Pastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru pendidikan jasmani
sebelum mengambil peralatan sukan yang diperlukan. Dilarang mengambil peralatan sukan tanpa
kebenaran.
2-
Setiap peralatan sukan yang di ambil perlulah direkod ke dalam buku rekod bilik
sukan.
3-
Sebagai langkah keselamatan, elakkan dantang ke bilik sukan dengan bersendirian
tanpa memaklumkan kepada guru pendidikan asmani.
4-
Gunakan semua peralatan sukan mengikut kesesuaian dengan sebaik-baiknya. Dilarang penyalahgunaan peralatan-peralatan
tersebut.
5-
Peralatan sukan hendaklah dikembalikan dan diletakkan mengikut susunan asalnya.
Pihak bilik sukan berhak menuntut ganti rugi daripada kelas terbabit atas
segala kerosakan atau kehilangan peralatan sukan yang digunakan.
6-
Bagi mengelakkan dari berlakunya kehilangan pada peralatan-peralatan dan
kemudahan yang ada di dalam bilik sukan, pastikan pintu bilik sukan ditutup
setiap kali sebelum beredar.
7-
Berhati-hati ketika menggunakan atau membawa peralatan sukan yang tajam dan
berat.
8-
Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik sukan , kutip apabila
ternampak sampah di persekitaran dan buangkan ke dalam tong sampah.
9-
Dilarang melepak atau melakukan aktiviti yang membuang masa di bilik sukan.
10-
Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum beredar keluar.
Disediakan
oleh :
Guru
Bilik Sukan.
PERATURAN SEMASA DI
KANTIN
1- Murid harus beratur di luar bilik darjah selepas bunyi
loceng dan menuju ke kantin dengan berdisplin.
2- Murid-murid dikehendaki beratur dan sopan semasa
membeli makanan.
3- Murid-murid yang telah mendapat makanan harus bergerak
ke tempat yang dikhaskan.
4- Murid-murid mesti membasuh tangan sebelum dan selepas
makan.
5- Murid-murid hendaklah makan dengan tertib di meja yang
telah disediakan.
6- Murid-murid digalakkan menghabiskan makanan yang telah dibeli.
7- Pinggan dan gelas yang telah digunakan perlu
diletakkan di dalam bekas yang disediakan.
8- Murid-murid tidak dibenarkan berlari ketika berada di
kantin.
9- Bekas pembalut makanan seperti kertas dan plastik
hendaklah dimasukkan ke dalam tong sampah.
10- Jika berlaku apa-apa kemalangan, murid-murid harus
segera memberitahu pengawas yang bertugas.
Disediakan oleh :
Guru Kantin SKBE
PERATURAN SURAU DAN
BILIK WUDU’
1- Sila tanggalkan kasut sebelum masuk, kasut hendaklah
diletakkan dalam keadaan teratur.
2- Dilarang membawa masuk makanan atau minuman ke dalam
surau.
3- Telekung dan sejadah yang telah digunakan perlu
dilipat dan diletakkan kembali ke tempat asal.
4- Buang sampah ke dalam tong sampah.
5- Dilarang menconteng atau merosakkan segala kemudahan
yang terdapat dalam surau. ( Dinding, tingkap, pintu, lantai dan lain-lain ).
6- Jimatkan penggunaan elektrik, pastikan suis lampu,
kipas dan sebagainya ditutup sebaik sahaja selesai digunakan.
7- Dilarang samasekali menjalankan aktiviti yang
bertentangan dengan ajaran agama serta boleh mencemarkan tempat beribadah (
surau ) .
8- Penggunaan surau untuk tujuan tertentu hendaklah mendapat
kebenaran pihak sekolah terlebih dahulu.
9- Sila pastikan keselamatan barang sendiri, pihak
sekolah tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kecurian.
BILIK WUDU’
1- Kasut hendaklah ditanggalkan sebelum masuk ke bilik
wudu’, sebaik-baik gunakan selipar atau terompah yang disediakan.
2- Elakkan dari berebut-rebut, gunakanlah kemudahan yang
disediakan secara teratur dan mengikut giliran.
3- Dilarang meludah dimerata-rata tempat.
4- Tidak dibenarkan membuang air di bilik wudu’, pergi ke
tandas untuk tujuan tersebut.
5- Amalkan sikap prihatin, kutip dan buangkan ke dalam
tong sampah sekiranya ternampak sampah atau sebagainya yang boleh mencemari
persekitaran bilik wudu’.
6- Elakkan pembaziran, pastikan paip air ditutup
sebaik-baiknya setelah digunakan.
Disediakan oleh :
Panitia Pendidikan Islam SKBE.
SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH
http://apps.moe.gov.my/spks/
No comments:
Post a Comment